KUCHING: Sarawak mencatatkan seramai 1,603,463 pengunjung berkunjung ke negeri tahun ini sehingga November lalu.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, bilangan itu sudah melebihi sasaran kementerian menenerima keseluruhan seramai 1.2 juta pengunjung sepanjang tahun ini.
"Pengunjung yang masuk (ke Sarawak hingga November tahun ini ) telah lebih dari 400,000 orang, kalau sampai Disember saya percaya kita akan dapat lebih 600,000 pengunjung atau mencapai seramai 1.8 juta pengunjung," katanya pada sidang media Sambutan Tahun Baru 2023 di Bangunan Baitulmakmur, Petra Jaya, di sini, hari ini.
Abdul Karim berkata, ini menggembirakan penggiat industri pelancongan dan hotel tempatan dan pihaknya berharap 2023 akan menjadi tahun lebih baik bagi negeri ini.
Sumber dari : Jiwa Bakti